Resepi Kuih Kayu Keramat / Kuih Kayu Kamak / Cakoi Terengganu Yang Mudah | Tips Kuih Rangup , Lembut dan Berongga
Hai Assalammualaikum.
Pertama kali makan kuih kayu kamak ni terus jatuh cinta dan cari resepinya.
Sedap makan begitu saja di waktu minum pagi dan petang.
Kuih seakan cakoi ini terkenal dan banyak di jual di negeri terengganu.
Tekstur kuih ini sangat ringan, lembut dan berongga. Rangup apabila makan panas-panas.
Jom tengok bahan-bahannya.
6 BAHAN-BAHAN MUDAH :
1 BIJI TELUR
1 1/4 CAWAN AIR (adjust ikut keperluan)
4 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU KECIL SODA BIKABONAT
1 SUDU KECIL YIS MAURIPAN
2 SUDU MAKAN MARJERIN
CARA MEMBUATNYA SERTA TIPS KUIH LEMBUT DAN BERONGGA :
1. Sediakan 4 cawan tepung gandum, masukkan soda bikabonat dan yis mauripan, gaul sebatikan ketiga bahan ini.
2. Masukkan marjerin, ramas-ramas bersama bahan tepung tadi sampai jadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan telur, uli sebati.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit ,uli sampai jadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
Jika doh masih keras ,tambahkan air lagi.
Tips : uli sampai doh licin ,lebih kurang dalam 30 minit ke atas, barulah dapat kuih yang lembut dan sedap.
5. Perap 30 minit sampai doh kembang 2x ganda agar menjadi kuih berongga dan ringan, tutup doh semasa perap supaya doh tak kering terkena angin.
6. Leperkan doh dan potong seperti nak bentukkan cakoi.
Tips : minyakkan tangan agar doh tidak melekat di tangan.
Atau boleh juga cubit doh dan tarik-tarik begitu saja, goreng dalam minyak panas dan api yang perlahan.
Hidangkan semasa masih panas bersama teh o atau kopi o.
Siap ! Selamat Mencuba.
PERHATIAN : Jika nak uli guna breadmaker pun boleh, masukkan bahan cecair dahulu, baru bahan kering.
Jika nak tengok video cara membuatnya boleh tengok di Youtube Orkids Channel atau KLIK LINK INI UNTUK MENONTON STEP BY STEP CARA MEMBUATNYA
0 Comments