Hai Assalammualaikum.

Bila perut semakin membesar, nak cari baju mengandung yang selesa dan muslimah bukan mudah. Kadang tu terlalu fit dekat perut, ada yang pendek tak tutup punggung dan sebagainya.

Setelah buat banyak carian berhari-hari, akhirnya Cik Orkid jumpa blouse muslimah mengandung yang cantik,selesa dan menepati citarasa muslimah.

Ha, cantikkan ?

Harga murah, kualiti pun elok sangat. Material kain tak panas. Cik Orkid pakai sepanjang 9 bulan tau, malah lepas bersalin pun masih boleh pakai baju ni. Memang jimat !

Ada 5 warna, Cik Orkid borong terus 5 warna ni sebab selesa dan pakai sepanjang 9 bulan mengandung.


Saiz bermula s hingga ke XXL.

Cik Orkid ukur lebar bahu je dan beli saiz L, memang tepat saiznya. 

Tak perlu beli saiz lebih besar ke apa sebab tang perut tu memang cutting dia besar, nampak tak ada belahan kat bahagian depan tu,kalau perut semakin membesar, lebihan kain belah tu akan bantu cover perut. 
Yang bestnya, bila pakai blouse ni ramai tak perasan perut kita besar, siap ada yang cakap, kenapa perut kecik je mengandung dah 7 bulan? padahal baju ni memang muslimah sangat, tak nampak bentuk perut. Tu yang Cik Orkid cari. Bentuk perut mengandung pun aurat tau.

Cik Orkid beli blouse mengandung muslimah ni di sini : [ Sila Klik Sini ] Blouse Mengandung Muslimah



0 Comments