Hai Assalammualaikum.

Biasanya setiap minggu memang Cik Orkid akan balik kampung di Melaka tapi minggu ni tak balik kampung sebab baru je habis cuti CNY haritu kan.

Jadi Cik Orkid ajak suami dan anak-anak keluar jalan-jalan sekitar kawasan rumah, tak plan pun sebenarnya, main redah je.

Pada mulanya kami ke Farm Fresh Serdang, tapi disebabkan sampai pun dah jam 11pagi, orang dah mula ramai,pusing-pusing cari parking pun penuh, dengan cuasa mula panas,maka kami terus tukar plan ke Putrjaya.

Kami menuju ke arah Wetland, tutup pulak muzium library dalam tu. Tukar lagi plan, terus jalan-jalan masuk mall.

Apalagi, sukalah anak-anak bila ayahnya kata nak ke Mall paling terbesar di Malaysia iaitu IOI City Mall Putrajaya.

Kakak Aisyah dah minta siap-siap nak ke Smiggle dan main ice skating. Abang Akif pula macam biasa, tak pandai nak minta-minta, biasalah perangai anak sulungkan. Si adiknya Ariana berumur 2 tahun, macam biasa, mulut bising cakap "jop papa!" (sambil tangan ke atas macam gaya ultraman nak terbang), hehehe....Si baby Ayden pula behave je, tidur sepanjang masa, bangun bila nak susu je. 

Alhamdulillah, sampai je IOI City Mall, terus ke Smiggle dulu, puas pusing-pusing kedepan kebelakang kedai tapi Aisyah langsung tak jumpa beg yang dia berkenan. Kakak Aisyah nak design rama-rama warna pink,tapi yang ada design rama-rama warna hitam. Hari tu ayahnya dah ke Smiggle MyTown pun takde design yang dia nak tu, sebab tu design beg lama. Kenalah cari online nanti kalau masih ada stok beg tu. Cik Orkid apa lagi, ambil kesempatan 'masih' pujuk ( "Aisyah beli la brand lain ,lagi banyak pilihan rama-rama...hehehe", mak dia keje nak jimat je, tak macam ayahnya melayan anak minta apa).

Lepastu, kami terus ke tingkat 1 dimana terletaknya lokasi Icescape Ice Rink.

Harga tiket masuk taklah mahal mana. Okaylah, bolehlah bagi Aisyah main ice skating. Pujuk abang Akif main sekali , abang Akif jenis tak berani mencuba, tapi bila Cik Orkid bagi kata-kata semangat, apalagi terus setuju, hahahaha...

HARGA TIKET MASUK ICESCAPE ICE RINK IOI CITY MALL PUTRAJAYA  : 

WEEKDAY: RM30 per entry
WEEKEND: RM35 per entry

Kalau parent nak masuk kawasan penjaga, kena caj RM5 per entry. 
Untuk main ice skating ni wajib kena ada stokin dan glove,boleh bawa sendiri dari rumah kalau nak jimat. Kebetulan Aisyah dan Akif memang dah pakai stokin, makan ayahnya perlu beli glove sahaja sorang sepasang.

HARGA STOKIN : RM6
HARGA GLOVE : RM10
Masa bermain unlimited, boleh main sampai puas selagi tak keluar kawasan yang ditetapkan. 

Tapi parent yang bayar RM5 tu boleh keluar masuk tanpa kawalan. Jadi, ayahnya sempatlah keluar cari makanan ringan untuk alas perut sepanjang bermain ice skating nanti. 


Kalau ada anak-anak yang lebih kecil nak main tapi takut jatuh, boleh sewa penguin HARGA RM30 per hour. Agak mahal jugalah sebab sewa per jam kan.

Kemudian, pergi ukur kaki untuk dapatkan kasut ice skating tu.



Wah, kakak Aisyah tak sabar-sabar. Terus dia meluncur dengan lajunya tinggalkan abang Akif. 

Kesian Adiknya Ariana tak cukup umur untuk join, umur wajiblah 3 tahun ke atas baru boleh main ice skating. Maka, merengek lah dia memanggil abang dan kakaknya, nak ikut..hehehe..

Tiba-tiba, baru je sejam bermain,berlaku tragedi  ! Abang Akif keluar sambil muka kesakitan. Rupanya masa bermain Akif jatuh dan Aisyah terlanggar jari tangan Akif.

Jengggg!!!! Cik Orkid dah cuak terbayang jari mesti berdarah ni kalau buka glove sebab kasut ice skating tu kan tajam bawah dia, macam pisau!

Bila buka je glove, nampak darah, teruslah macam nak pitam Cik Orkid tengoknya. Abang Akif apalagi, pucat lesi lepas tengok jari berdarah! sama perangai macam mak dia, takut tengok darah, hahahhaa...dah dua-dua nak pitam kat situ.

Maaf gambar takde sebab memasing dah kalut tengok darah. Tak dan nak bergambar-gambar.

Ayahnya pula muka relex tapi dalam hati risau dan bercampur marah agaknya terus ajak balik. Cik Orkid cepat-cepat suruh Aisyah main se 'round dua ' lagi sebelum balik ! 

Masa turun lift nak balik tu, jumpa along Nada. Along nada ni anak buah pertama,along tegur Mak Tam (Cik Orkid lah tu) dulu. 

Along Nada : Mak tam!!
Cik Orkid : Eh! along buat apa kat sini?dengan siapa?
Along Nada : Nak cari kasut,mama suruh cari kat Mitsui tapi jauh, so along datang sini naik grab dengan kawan.
Cik Orkid : Ooo,hati-hati,jaga diri tau ! 

Gambar dengan along Nada takde sebab handphone dan beg semua ada pada Pak Tam yang masih belum turun tunggu lift.
.
.
.
Dalam kereta memasing keletihan walaupun baru sejam je main. Abang Akif dan kakak Aisyah memasing tertidur sepanjang perjalanan balik ke rumah.

Nasib baiklah tadi ayahnya sempat tapau nasi, taklah kelaparan Cik Orkid bila sampai rumah nanti.hehehe....

Alhamdulillah, next time boleh pergi lagi ber 'ice skating' harap abang Akif tak serik ye.

Okay, sampai sini je cerita tentang ice skating di IOI CITY MALL PUTRAJAYA.





4 Comments

  1. Lawakk .ok tq sharing

    ReplyDelete
  2. Best dapat jalan2 dng family.bukan senang nak jalan2 macam ni kan...

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaa. Nanti datang KL boleh lah singgah main ice skating kt situ

    ReplyDelete
  4. Kalau tengok orang main macam best je, tapi kita ni jenis penakut, belum main lagi dah terbayang jatuh tergolek🫢

    ReplyDelete