Hai Assalammualaikum.

Kali ni Cik Orkid kongsikan Resepi Ayam Masak Kuah Merah kegemaran anak-anak Cik Orkid.

Kuah merah ni kita boleh adjust rasa pedasnya, nak pedas atau tak pedas bergantung kepada banyak cili kisar kita letak.

Bahan-bahan :

Ayam (goreng separuh masak)
1/2 biji Bawang merah (hiris)
3 ulas Bawang putih (hiris)
Sedikit Halia (dititik supaya anak tak tergigit)
2 batang Serai (dititik)
4 sekawan (bunga lawang,cengkih,buah pelaga dan kayu manis)
Cili Kisar
Sos Cili
Sos Tomato
Kentang
Garam
Gula

CARA MEMASAK :

1. Tumiskan bawang,serai,halia dan 4 sekawan memggunakan minyak goreng ayam tadi.

2. Masukkan cili kisar,tumis lagi sampai garing.

3. Masukkan sos cili ,sos tomato,garam dan gula.

4. Masukkan kentang,masak sampai separuh empuk,masykkan ayam goreng tadi.

5. Tambahkan sedikit air sebagai kuah.

Selamat Mencuba.

Kalau nak tengok video cara memasaknya, bolehlah ke youtube Orkids Channel.

0 Comments