IKAN SIAKAP MASAK SOS SWEET SOUR | Tips Goreng Ikan Rangup
klik link ni ye untuk video resepi di Youtube Orkids Channel.
Hai Assalammualaikum.
Kali ni Cik Orkid kongsikan resepi Ikan goreng Masak Sos kegemaran anak-anak Cik Orkid.
Resepi dan masakannya sangat mudah,tapi rasa yang sedap menyelerakan.
Anak-anak pasti makan bertambah nasi.
BAHAN-BAHAN :
1 ekor Ikan Siakap(boleh guna ikan lain juga seperti kembung)
garam
kunyit
Tepung jagung
BAHAN KUAH :
1/2 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1 inci Halia (dititik/dihiris pun boleh)
Serai (dititik)
Daun limau purut (buang batang tengah supaya kuah tak pahit)
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
1 sudu makan Cili kisar
Air limau nipis/lemon
Garam
Gula
CARA MEMASAKNYA :
Lumurkan Ikan dengan garam dan kunyit.
Panaskan Minyak,baru taburkan sedikit tepung Jagung atas ikan dan terus digoreng dalam minyak panas.
TIPS IKAN RANGUP BERKERAK : Jangan letak tepung jagung awal-awal tau, nak goreng baru letak.
Kemudian,kisarkan bawang merah,bawang putih dan halia.
Tumiskan bahan kisar sampai naik bau,kemudian masukkan sesudu makan cili kisar, kalau suka pedas boleh je letak lebih.
Masukkan daun limau purut.
Bila bahan da garing dan terbit minyak, masukkan sedikit air sebab nak elak hangit masa nak masukkan sos.
Masukkan sos tomato,sos cili,sos tiram,air limau nipis, garam dan gula,semua bahan-bahan ni kena agak-agak ye,banyak mana kuah kita nak buat.
Jangan risau,masukkan je dengan yakin,insyaallah pasti sedap dan menjadi.
Adjust rasa ikut selera masing-masing.
Masakkan lagi kuah sampai terbit minyak lagi.
Boleh juga letakkan sayuran keras seperti karot,nenas jika suka dan sebagainya.
Kalau nak tengok video cara Cik Orkid masak,boleh klik link ni ye
Selamat Mencuba.
0 Comments