Hai Assalammualaikum.

Cik orkid nak kongsi idea buat dessert sesuai dan mudah untuk majlis kenduri.

Pencuci mulut yang biasa ada dalam majlis kenduri ialah dadih sebab nak buat mudah,boleh buat sendiri tak perlu tempah dan kos sangat murah.


Cik Orkid suggestkan pakai brand Happy Grass,brand ni sangat mudah ,sedap dan tak terlalu manis.
Ada banyak perisa pilihan pulak tu.

Kali ni Cik Orkid buat perisa anggur, sebelum ni pernah buat perisa mangga,memang sedap !

Siap letak nata de koko !

CARA BUAT :

1. Didihkan 3liter air.
2. Masukkan 100gram gula pasir,gaul sampai larut.
3. Masukkan 1 tin susu cair, gaul sampai mendidih dan padamkan api.
4. Dah padam api, baru masukkan serbuk dadih dan gula buah-buahan yang ada dalam plastik dadih happy grass tu.
5. Masukkan dalam bekas kecil, siapp untuk disejukkan dalam peti ais.
Kalau nak cepat ,boleh bekukan dalam freezer,lagi sedap dan dadih takkan jadi beku pun.

Kalau nak tengok video cara buat dadih step by step, bolehlah [KLIK SINI] VIDEO CARA BUAT DADIH DI YOUTUBE ORKIDS CHANNEL



Selamat Mencuba !

0 Comments